Wednesday, September 28, 2016

SYukur alhamdulillah Mikail Turns 1 28.9.2016

Assalamualaikum ,

Semalam adalah birthday Anak saya yang pertama.. Alhamdulillah bayi yang saya kandung selama 8 bulan, emergency c-sect disebabkan fetal distress  dah membesar dengan sihatnya dengan izin ALLAH.

Saya sangat bersyukur dengan Nikmat dan Rahmat yang Allah beri kepada saya.

1. Terima kasih Allah atas rezeki susu yang mencukupi untu Muhammad Hud Mikail
2. Terima kasih Allah atas kecukupan wang ringgit untuk menyediakan segala kelengkapan kami              sekeluarga
3. Terima kasih ya ALLAH atas Nikmat Kesihatan kepada kami sekeluarga.
4. Terima kasih diperkenalkan dengan supplement yang sangat membantu saya iaitu shaklee dan              aloevera Forever living.

Nikmat ALLAH banyak. kadang2 kita tak nampak. dari sekecil2nya sehing ke sebesar2 nya..




Monday, September 19, 2016

Penyebab Gout yang kita sering terlepas pandang

PUNCA PENYEBAB GOUT YANG DIABAIKAN
 
       Masalah Gout berpunca daripada kandungan asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) serta masalah perkumuhan asid uric ini. Ia berkumpul menjadi kristal (tophi) pada tempat-tempat tertentu seperti sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara makanan yang disarankan pantang sekiranya anda pesakit gout ialah makanan tinggi purin seperti makanan laut contohnya ikan bilis dan kerang, hati dan organ dan juga daging.

    Antara sebab-sebab lain menyebabkan gout ialah kekurangan air (dehidrasi) dan juga pengambilan alkohol.  Senaman berlebihan  yang meningkatkan stres oksidatif perlu dielakkan. Amalkan senaman ringkas seperti senaman kekuatan dalam tempoh hanya 10-20 minit sehari terutamanya bagi pesakit gout.

Antara masalah yang dikaitkan dengan asid urik ialah
1. Kencing manis.
2. Tinggi Kolesterol jenis Triglyceride. (TG) dan VLDL dense bb gunpellet
3. Masalah jantung.
4. Masalah buah pinggang.
5. Masalah metabolik dan hormon seperti PCOS dll.
6. Darah tinggi.

      Punca peningkatan asid urik darah yang saya ingin tekankan ialah disebabkan pengambilan gula fruktosa secara berlebihan. Gula fruktosa juga meningkatkan rintangan insulin dan sidrom metabolik yang mana peningkatan asid uric berkait rapat dengan masalah ini.

   Antara sumber gula fruktosa yang paling banyak ialah gula buah dan juga gula sirap jagung tinggi fruktosa (HFCS). Gula HFCS terdiri daripada gabungan gula glukosa dan kandungan fruktosa yang tinggi sama ada 42%, 55% atau 90% komposisinya. Makanan yang mengandungi HFCS kebanyakannya ialah makanan proses antaranya:

- Minuman berkarbonat, air tin dan air kotak (termasuk “jus  buah”).
- Pekatan jus
- Sirap koktel buah
- Emping jagung (cereal)
- Coklat
- Produk susu
- Roti, pastry, bijirin.
- Biskut
- Gula-gula
- Yogurt
- Sos cili, tomato
- Minuman segera (kopi dan lain-lain minuman pracampuran )
- TEH TARIK. susu pekat mempunyai kepekatan tinggi HFCS

• Madu, kismis, kurma, buah-buahan juga mengandungi kandungan gula fruktosa yang tinggi jadi pengambilannya perlulah dikawal terutamanya bagi pesakit masalah metabolic seperti kencing manis.


Gula fruktosa atau gula buah mempunyai nama yang sihat tetapi hakikatnya pengambilan secara berlebihan adalah sangat berbahaya berbanding gula lain. Ia dihasilkan daripada jagung yang diubah secara genetic (GMO) dan proses penghasilannya memerlukan 3 jenis enzim yang juga diubah genetiknya supaya lebih stabil. Gula fruktosa boleh menyebabkan ketagihan seperti kokain menurut kajian ke atas tikus di Universiti Princeton.

Apabila dihentikan gula fruktosa , tikus kajian menjadi resah dan gelisah serta menunjukkan tanda “withdrawal”. Seperti gula lain juga, gula fruktosa boleh meransang “rewarding sistem” di bahagian mesolimbik otak . Semakin banyak gula diambil, lebih banyak gula  diperlukan untuk memenuhi keseronokan pengambilnya.

  Selain itu, pengambilannya secara berlebihan juga sering berlaku kerana tidak seperti gula lain, gula fruktosa merendahkan kandungan leptin yang merupakan “hormon kekenyangan”. Gula fruktosa juga tidak mempunyai kesan mengurangkan hormone grehlin (hormone kelaparan) selepas makan berbanding gula lain.  Ini mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan menyebabkan masalah obesiti.

       Berbeza dengan gula glukosa yang boleh digunakan dan diproses oleh semua sel badan manusia, gula fruktosa diproses hanya di organ hati. Metabolisma gula fruktosa juga pada hakikatnya sama dengan metabolism alkohol (arak) di dalam badan. Pengambilan HFCS terutamanya akan membebankan hati menyebabkan hati berlemak dan juga peningkatan lemak dalam darah. Hasil bahan kumuh yang berlebihan juga toksik kepada badan ialah seperti lemak trigliserida dan VLDL (antara penyebab utama masalah jantung), asid uric dan juga stress oksidatif.

       Kesimpulannya pengurangan makanan tinggi gula fruktosa perlu selari dengan pengurangan makanan tinggi purin yang juga menyebabkan gout . Namun begitu, pendapat saya,  elakkan dahulu gula fruktosa dan nikmati makanan laut, daging, hati dan organ lain secara sederhana kerana makanan tinggi purin kebanyakannya tinggi dan padat nutrisi. Lebihkan makanan padat nutrisi dan jauhi makanan yang memudaratkan kerana ini bertepatan dengan matlamat makan iaitu untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidupan.

-Encik Hafiz


Credit to owner..
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1256629197697224&id=100000504674719



Makanan tambahan seperti nectar berry,royal jelly dan arctic sea mampu mengurangkan gejala gout seperti bengkak kaki, sakit sendi..malah jika diamalkan secara konsisten boleh menghilangkan penyakit gout .dengan izin Allah. Kita berikhtiar.

Hubungi saya untuk info lanjut

012 7787 012
012 7787 012
012 7787 012

Alujabclan

Thursday, July 28, 2016

supplement untuk Detoks dan anti- penuaan

Aloe Berry Nectar dan ViVix ...

Keduanya bagus untuk 

1 . kulit 
( Collagen / vitamin C dan E/ Hormon ) 
sesuai untuk para wanita yang nak cantik dari dalam. 

2. Detoks, melawas dan kesihatan dalaman
 ( agen mencuci usus / agen anti- penuaan / anti- oxidant yang tinggi ) 

bila usus bersih , badan boleh serap segala nutrient daripada makanan dengan lebih baik dan optimum. sesiapa yang ada masalah nak membuang @ sembelit . Aloevera forever living sangat boleh membantu.


banyak lagi kelebihan alovera dan ViVix.. 

Next Nina akan share effect positive pesakit gout mengamalkan supplement semulajadi dan berkesan ni. 


toodles!!!





Friday, July 22, 2016

Set2 yang Nina makan/Guna semasa berpantang



Assalamualaikum ,

 Nina nak share set2 berpantang yang nina guna semasa berpantang. masing2 ada  pilihan sendiri ta[pi since nina baru bersalin sekali.. so nina share apa yang nina dah gunakan semasa berpantang 9 bulan lepas ya.

untuk luaran ,  nina guna product Nona Roguy. tapi tak semua! nina guna minyak herba nika dan barut.  bau dia wangi.. best sangat . herba nika ni pulak boleh jadi pilis jugak. so 2 in 1. botol besar dan jimat.  Nina tak sempat nak berpilis/param yang bertepek kat dahi sebab berulang alik hospital, jadi kit apakai minyak herbanika ni.. dan satu lagi pilis jenis cecair Anugerah.alhamdulillah tak ada meroyan sebab seriously nina banyak menangis kat rumah. sampai mak pun marah nina banyak menangis. yelah .. baby kat hospital kita kat rumah.. mana tak sayu kan.





Untuk Dalaman, nina ambil set berpantang shaklee. yang nina utamakan Vitalea, vitamin C , b complex dan ESP.  keluar je dari bilik bedah , bila dah boleh bangun nina start makan terus. semangat nak cepat sembuh supaya dapat tengok baby dekat ward. alfalfa penggalak susu tapi memandangkan dia herba , nina tak ambil dulu. bila baby dah abes kuning baru nina makan. so far , memang banyak membantu bagi tenaga untuk bergerak  dan membantu proses penyembuhan juga.




selain tu , mak nina sangat2 bersungguh2 ( ha nampak tak betapa bersungguh ) suruh nina minum aloevera gel sebab nina refuse minum pati ikan haruan  + gamat ( sebab takut luka bercantum2 .. oh paranoidnya! ) .. terus suami pergi beli 3 botol sekaligus dan jadi ahli. mula2 tak suka, tapi lama2 boleh main togak aje.. sedap pulak. time tu suami beli yang botol kuning je,  nasib baik tak beli yang nectar berry atau peach. mau cepat habis. hehehehe.. sedap dan memang nina rasa sangat membantu menyembuhkan luka dalaman... sebab rata2 orang yang pernah c-sect kata ada rasa ngilu kat tempat yang dibedah tu. Nina tak ada rasa ngilu , tak ada rasa sakit. rasa macam ..luka kat dalam dah sembuh.. alhamdulillah. berterima kasih kat mak perkenalkan  forever living ni..  dan akan continue makan sampai sekarang.  membantu melawaskan juga tau..






apa yang nina share ni berdasarkan pengalaman sendiri. sesiapa nak sama-sama rasa kebaikan supplement shaklee dan aloevera gel.. boleh PM nina atau whatsapp nina.. best tau share kebaikan product2 ni.. Nina kalau dah guna.. berkesan ..nina tak tukar dah  .. janji produk2 tu yakin semulajadi, selamat dan berkesan. 


Toodles!








Thursday, July 21, 2016

Berpantang Cara saya



Bila dengar perkataan berpantang, macam2 style ada. yang bersalin C-sect lain.. yang bersalin normal lain.  ada orang kata berpantang ni ibu2 boleh rest. ada orang jaga.  wah wah wah...  tak kisah lah. yang pastinya pengalaman berpantang adalah berbeza bagi setiap individu.. 

Selepas bersalinkan Mikail, Nina tak terus jaga mikail tau sebab mikail duduk kat ward dalam 20 hari macam tu. lepas keluar dari hospital bermulalah regime berpantang nina kat rumah. sebelum ni plan nak berpantang kat negeri 9 . tapi keadaan tak mengizinkan.. berpantanglah kito kek  johor bahru ni..Alhamdulillah dikurniakan Mak dan Mak Mertua yang sangat baik. yang sangat supportive. since nina bersalin secara C-Sect .. nina share macam mana nina jaga dan berpantang


1. Kebersihan diri/Mandi

Ada orang takut nak mandi sebab takut luka lambat sembuh. so lap2 badan je. okay nina tak boleh tahan tak mandi.. so mak ikatkan plastik hitam sampah tu atas perut untuk meminimakan air  untuk sampai ke kawasan luka.. so lepas mandi cepat2 keringkan kawasan tu. seelok2 nya pakai hair dryer.. tuala pun okay. insyaALLAH tak ada apa lah.selagi kita jaga tempat bedah tu jangan basah terlalu lama. kalau selalu duduk, make sure baring so tempat tu tak berlipat sentiasa.anginkan jugak. 


2. Urut / Bertungku / berbengkung

Yes nina berurut. tapi makcik tu tak usik perut. cara berurut pun, Nina berurut dalam posisi mengiring. maksik tu urutkan bagi keluar susu jugak. alhamdulillah selepas berurut. susu banyak.

 then , ber tungku.. nina tak guna yang tungku batu tapi yang jenis bunjut  yang jual kat kedai2 jamu tu. kukus dulu then tuam kat atas perut. avoid tempat luka okay. untuk pemilihan tungku sangat penting sebab  kadang2 orang c-sect ni still rasa kebas2 kat area perut dan tak rasa panas. kalau pakai batu takut panas sampai melecur pulak. real case happened to my cousin. kesian dia. teruk luka melecur tu. Nina dah suggest dia ambil ESP dan vit C. dah okay dah katanya. 


berbengkung, nina beli slimming belt kat  watson untuk pegang perut supaya tak goyang sgt bila berjalan. so , mainly berbengkung untuk pegang perut bukan untuk kurus ye.   ape nak buat, kena tunggu sampai luka elok...

3. Menu / Makanan/ air / Supplement.

Nina makan ikan goreng dengan bawang dan tomato. cukup menyelerakan dah.  since baby pra matang , nina tak makan banyak halia, tak makan jamu, tak makan lada hitam banyak.  hurmm..  
Air memang nina minum baaaaaanyaaaaakkkkk2,,  tak de maknanya nak mencatu2. sebenarnya ,  dengan minum air banyak ni lah nina rasa luka cepat elok. disebabkan baby ada kuning, nina tak boleh makan jamu. 


 so supplement yang nina amalkan  SHaklee supplements ( Vitalea , Vit C, Bcomplex, Omega Guard, Esp ) .. gel gamat.. minyak kelapa dara. alovera gel forever living. SUpplement2 ni sangat membantu dalam proses penyembuhan luka, refill energy.. disebabkan nina tak ambil apa2 pati ikan haruan dan tak minum gamat banyak.. nina banyakkan minum aloevera gel. habis dalam 4 botol jugak . sekarang alhamdulillah tak ada rasa ngilu ke sakit ke kat luka pembedahan tu. okay je. hehe.. 



Seminggu duduk rumah untuk rest kan badan dan elokkan luka ( at least bagi luka tu kuat  dulu ) . minggu seterusnya nina berulang alik rumah hospital 10pg - 10 malam. untuk bagi direct feeding kat Mikail. sakit memang sakit. tapi semangat seorang ibu tu mengatasi rasa sakit tu.. memang nina renyah dan banyak jalan selama berpantang. sampai ingatkan luka terbuka..rupanya ada part2 liang roma tu dia macam teregang.. tapi alhamdulillah tak ada apa2. demi anak.. sanggup je.  overall pantang nina mesti minum air 2-3 litre sehari. sebab nak menyusu  dan luka pun cepat sembuh.


Secara keseluruhannya,  berpantang secara tradisional tu bagus. tapi dalam keadaan tertentu, pendapat ibu2 baru ni juga perlu diambil kira. terpulang si ibu nak berpantang secara mengambil ubatan tradisional macam jamu atau moden seperti supplement2 yang banyak di pasaran. pada nina,  Shaklee dan forever living sangat bagus  :) .

berminat nak cuba product forever living dan shaklee insyaALLAH nina boleh bantu consult nak ambil supplement yang mana.

yang penting sekali, support keluarga dan suami. 



Friday, June 17, 2016

Pengalaman Bersalin . Part 2 (HSA)

Part 2 ...



selepas habis proses bedah semua, kaki dah boleh gerak .nina ditolak ke wad bersalin dalam kawasan ibu2 yang telah dibedah. masa tu 1st muka yang nina nampak .. muka husband lah.. dia datang senyum2.. dah tengok baby.. 1st word "terima kasih sayang" dan 2nd "kenapa diorang hantar lambat sangat " .. hehe.. lepas tu mak ayah dan alang sampai dari kampung.. mak mentua akak ipar sampai..  haa.. time tu dalam pukul 1- 2 pagi..  bersalin 10.50pm.. sampai ward dalam masa camtu. lama kan.time ni baby tak ada dengan nina masatu.. baby dekat ward. since dia iugr, kecil dari umur dia. suami sempat jumpa dan azankan..tahnik... even though thing happend quite fast.. bersyukur sangat bila doc dapat detect baby distress. diorang panggil Fetal Distress,  kalau diorang tak ambil tindakan cepat. i might lose my baby. siapa kata doktor kerajaan tak bagus. mereka semua ohsemmm...

Orang bersalin bedah ni, dalam masa 24 jam selepas bersalin. dia kena bergerak, jalan2 so that darah kat kaki tak beku.. dan kta kena inject ubat cair kan darah macam org inject insulin.  memang menjadi peng-inject yang berjaya dalam 10 hari tu. haha..    first time bergerak the next morning... perghh.. sakit..sakit gila.. kena buat perlahan2.. kena cari sudut gerak mana yang tak berapa sakit. bukan senang nak turun katil tu. sebelum ni boleh je buat terjun  dari katil selamba tapi lepas bedak cannot do that anymore. turun katil je amik masa selama 5 minit.  antara kejadian2 yang kira agak mencabar is .. bila nak kencing tak dapat sampai ke toilet bowl. ( sampai kat pintu je..cecepat tutup pintu toilet dan ... selesai.. ) x sempat duduk tak sempat ape.. pasrah redha je lah, tukar baju baru je.
tapi mmg hati kena kuat. kena dengar cakap nurse. kadang ada je nurse yang garang2 ni.. tapi bila perhati diorang garang kat patient yang x ikut nasihat diorng. Nina jenis takut kena marah, so ikut je cakap diorang.. but in the end.. i did manage well the pain ,

So lepas bersalin , Nina makan makanan hospital.. i drank coffee ( sepatutnya tak boleh , orang kata takut effect susu )  but i drank it anyway..  1st day tu je dah pergi mandi.. sebab luka tu ada cover dengan macam plastic protector doktor sembur. kebanyakan masa nina habiskan kat katil. tengok orang sekeliling dengan baby masing2. kat sini, memang kekuatan hati tu diduga.. sayu sangat rasa hati, tengok orang lain pegang baby.kita duduk tengok hp sorang2.. tapi time tu nina dah start perah susu... gigih nak keluarkan colostrum nak hantar kat baby. ok untuk proses penyusuan nina akan cerita entry lain.

dalam hospital nina jumpa macam2 jenis orang. ada yang meroyan... ada ynag menangis2..  ada juga yang berdrama. tapi paling tak boleh lupa drama queen sebelah kiri nina masa tu.. ya ALLAH tuhan saja yang tahu...daripada ikhlas  sampai jadi stress nina dibuatnya.. sampai satu tahap tu nina breakdown , nina turun katil.. hantar susu perahan ke bilik menyusu.. jalan sampai tengah2 ward tu, duduk kat kerusi... menangis. nasib baik tak bentan... duhai jiran katil kiri.. kenapalah Allah uji saat tgh sakit macam tu.rasa nak menjerit pun ada.. tapi kita nangis jela sorang2. mulut tak putus beristigfar sampai hati tenang.  dah okay..balik katil mmg tak pandang jiran sebelah kiri tu. bukan Nina taknak layan. tapi nanti nina yang meroyan nanti sapenak tanggung. haihzzz...

Nina dah set dalam kepala, baby hanya boleh minum susu badan sahaja sejak lahir. tapi orang sebelah keep on cakap nak bagi anak dia minum air kosong.. bagi anak dia minum milo... nak seludup masuk susu formula ( hsa sangat mementingkan penyusuan badan tau ).. botol nina nak tadah susu pun hampir nak kena rampas. uiii... sebbaik akak nurse tu paham.. tak tahu apa masalah jiran kiri tu. last sekali kena pindah katil.. alhamdulillah.. kalau tak memang stressssss sangat. bila baby tak ada dengan kita.. rasa sedih tu lain macam..


first time tengok baby kat ward. dengan wayar berselirat..first time nina tengok baby time tu dia bawah lampu biru sebab kuning. mata dia tertutup..tangan kecik dia bergerak2.. nina pegang tangan baby masa tu dia terus grip jari nina. ya ALLAH luluh hati masa tu.. memang terus menangis kat situ.. bila nina nangis.. tetiba baby pun cembeng nak nangis jugak. see.. ikatan antara ibu dan anak. sebab tu , ibu yang ada anak pra matang. kena kuat.. insyaALLAH anak kita akan kuat jugak.,lepas balik dari tengok anak..  nina senang menangis kat ward. rindu nak tengok baby. nina cakap dengan kawan2 jangan datang tengok nina lagi.. kat hospital n kat rumah. sebab masa tu mmg rapuh.  Iqarad datang nangis..  K. Nurul nurse datang nina menangis kat dia..  tapi alhamdulillah ALLAH kuatkan jugak hati nina.  sebab tu time2 awal2 ibu bersalin ni, kita takperlu melawat cepat sgt. sometimes they need rest. sometimes they need their own space. dengan selebetnye lagi. haha. kalau nak melawat orang bersalin ni..seelok-eloknya tanya dahulu... okay,,,

lepas 3 hari, luka bedah okay.. Nina pun dibenarkan balik... baby tinggal di NICU....


Next Entry : Berpantang Cara Nina











Wednesday, June 15, 2016

Pengalaman Bersalin part 1. ( HSA)


OKay untuk pengalaman bersalin ni.. i have been admitted hospital 2 times. 1 sebab kena slip disc ( 2 days ) dan 2. Preeclampsia + baby iugr + fetal distress+ bersalin C-sect! total up 10 days warded.

Ya anak pertama Nina lahir pada minggu 34 kehamilan ( pra matang ) . sebab doktor detect baby  dah tertekan , degupan jantung dia lemah .. pendek kata  baby lemas dalam perut. OMG OMG.  hanya tuhan je tahu bila doktor cakao , " okay puan , jangan takut jangan susah hati .. kita akan bedah puan sekarang "

Whatttttt?!!  time tu jugak Nina meraung . dah x peduli apa, masih ingat 2 MO lelaki masuk untuk pasang branula kat tangan, sorang handle satu tangan.  be informed yang branula untuk ibu mengandung panjang dan besar dari branula biasa.  but job well done for the MOs berjaya cari urat kat tangan ni yang susah sebenarnya nak dapat .  lepas tu ada staff nurse masuk  untuk pasang  tiub kencing tu.. okay part yang nak masukkan tiub ke saluran kencing tu sakit okay! sakit.. ngilu.. tapi berjaya jugak bila nina redha je  nurse tu nak masukkan.

tapi dalam masa tu sempat jugak telefon suami beritahu dia kita nak masuk OT dah. bayangkan  encik suami baru jejak kaki kat rumah ( jarak hosp n rumah  dalam 20 minit macam tu ) dari melawat isteri dia  dan dan tu jugak dapat news isteri kena operate. in the end of the day, Nina masuk OT . doktor terangkan procedure . sempat lagi tanya pasal nak full ke nak half bius.  the conversation went like this :


N : Doktor , saya tak boleh bius penuh ke ( takut gila time ni ) 
D : Boleh , tapi akan banyak prosedur , saya kena masukkan tiub sampai perut untuk elak muntah .. lambat sedar la bla bla bla..
N : okay.. separuh je.. ( redha habis time ni ) 
D : ok ay kita akan masukkan ubat bius dalam tulang belakang puan ..bla bla bla .. ( with all the medical terms ) 

SN : Doktor tekanan darah puan ni tinggi ni  ( 200/150 ) 
D2 : puan nervous ye, jangan takut  ( dah tak tahu nak  fikir apa time ni ) 
N: okay saya ready  ( terus duduk dalam posisi yang doktor suruh dan kena inject local anaes kat kulit dan doc pun cucuk bius..  then baring ) 


dalam tengah tunggu bius tu berkesan , doktor tanya macam2  . sentuh ada rasa tak.. dan dia explain apa yang bakal berlaku.doktor akan potong perut bla bla bla.. ( tak ingat dah.. tahu time tu rasa sejuk then diorag bagi warmer blanket .. ) . antara kepala dan badan diorang letak macam kain penghadang so nina tak tahu what actually happen throughout the operation. kalau nampak nanti pengsan pulak kang,

sepanjang pembedahan berjalan, kesian Dr. bius tu .. Dr. Teoh nama dia kena melayan soalan2 Nina.
Dia suruh tidur je .. memang TAK laa nak tidur.  so nina keep on tanya .. doktor dah ke.. tengah buat apa tu.. dah potong ke? because i couldn't feel anything at that time... then finally doktor cakap,

" okay kita akan push baby puan keluar dan puan akan rasa sedikit pergerakan yang kuat."

okay adalah dalam 3 kali Nina rasa macam diorang push, terdengar  suara mikail berkumandang dalam OT. sekejap je.. nurse datang tunjuk bebird dia dan minta nina confirmkan.. then they took him away. then siap2 kena jahit .time tengah jahit tu pulak . doktor Teow ( ketua operation )  boleh cakap

D : Puan Nina, banyak tanya la you. kacau saya buat kerja tau ( dalam nada gelak2) 
N : humph.. siapa suruh doktor buat saya terkejut . saya nervous sebab tu la saya banyak tanya soalan.  ( agaknya patient dia yang lain2 tak pernah kot tanya apa2 masa dalam OT ) 
D : haha takpa2.. semua sudah selamat, congratulations. sekarang saya jahit u punya luka okay . 

Dah settle nina kena bawak keluar dari OT . kena stay kat luar tu sampai kita dapat gerakkan kaki balik tau.

So , as a conclusion.. bersalin secara pembedahan ni tak lah menakutkan.. nervous tu ada. cuma kita tak rasa sakit kontraksi dan bersalin secara normal. Nina tak dapat tengok baby sampai  hari kedua kot.. sakit kat kawasan bedah tu memang sakit.. tapi kuatkan semangat jugak untuk jalan pergi toilet. pastu gerak2.. sebab nurse kata takut darah beku kat kaki.. okay so kita ikut je lah,,,

sepanjang nina kat hospital , start pantang nina makan supplement Shaklee Vitalea , Bcomplex, dan Vitamin C. semua nina makan overdose . vitalea 4 biji , bcomplex 4 biji, vit C 8 biji. selain tu gel gamat, jus delima,..dan nina sangat bersyukur mengamalkan supplement2 ni sebab kesannya bukan dalam jangka masa pendek sahaja, untuk jangkamasa panjang tu yang paling penting ..

okay panjang sangat ni.. next entry Nina sambung okay !

to be continued .............