Thursday, May 26, 2016

My Supplements ( 3 years and counting)


Hai !

dalam entry sebelum ni Nina ada cakap nak share sedikit sebanyak tentang supplements ( Makanan tambahan ) yang nina dah amalkan selama 3 tahun. starting from 2013 up til now.

TADAAAAAA



Hampir semua supplements Shaklee nina dah try tapi yang konsisten ambil tanpa gagal adalah  

1. Slow Release Vitamin C
2. Vivix ( ikut budget) 
3. Omega Guard 
4. Garlic
5. Alfalfa

Banyaknya? susah nak telan? Jangan risau , tablet2 Vitamin Shaklee adalah yang termudah untuk ditelan. Lagi2 macam nina yang sangat takut makan ubat hospital wlau 1 biji. kalau shaklee supplements , 10 biji alfalfa sekali telan je.  hehehe, serious senang.

Bukan nina sorang yang amalkan Shaklee secara konsisten, husband nina pun sama. start je tengok darah dia ada ketul2 kolestrol. start tu suruh dia amalkan omega Guard . scary tau kolestrol tinggi ni.

Nina pula suka vitamin C, mengurangkan gejala2 resdung, bila selesema cepat baik. eh.. dah jarang sangat dah selesema. sebab Vitamin C ni bagus untuk tingkatkan imunisasi badan dan antioksidan juga, masa demam sambil menyusu mikail pun , alhamdulillah mikail x terjangkit. 

selama makan vitamin 3 tahun , lama sgt tak dapat UTI. kalau tak selalu je kena. takpernah ada problem  buah pinggang ke .. tak ada effect negatif.kulit pun alhamdulillah kalau dulu berminyak sangat. sekarang tak lagi dah. 

Rata2 perempuan ada masalah keputihan, sama juga dengan nina. dengan amalkan ALfalfa, keputihan dah tak ada lagi dah..  ada yang amalkan alfalfa ni. tak payah pakai pantyliner pun dah. 



selain Vitamin , Shaklee ada Get Clean set. Mak nina suka pencuci pinggan Shaklee. senang nak basuh kotoran2 berminyak ke apa ke.  cuma tuang dalam beberapa titik cukup untuk membersihkan satu sinki penuh pinggan kotor tau. pekat dan berkesan.

Dah borong 3 botol untuk mak..  mak suka .. mak order lah.





Kenapa nina yakin dengan Shaklee? sebab produk2 shaklee adalah organik. telah terbukti secara klinikal dan telah diuji produk2 dalam lab . Selamat, semulajadi dan berkesan.. 

Nina dah rasa keberkesanan shaklee dan nina akan teruskan insyaALLAh..

sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang supplement shaklee boleh whatsapp nina di 0127787012.  boleh sharing2. Nina Agent Shaklee di JB. TQ k. Hana Syed perkenalkan shaklee kepada nina.

nanti nina akan share pengalaman nina berpantang dengan Shaklee. :) in next entry okay. 




Najlaa product Review#1




Produk Najlaa yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, organic, dan selamat untuk bayi dan anda.




Baby Oil dia wangi. sangat pekat.. dah 2 minggu apply pada kepala mikail.. alhamdulillah nampak makin lebat rambut mikail.. macam rambut mula2 sebelum kena cukur bantal. boleh rasa helaian rambut mikail dah. hehehe..

Baby Serum dan losyen nina apply kat badan mikail.. sebab senang naik merah2. allergy panas  dan peluh. parut gelap sebelum ni nampak cerah sedikit.  bau pun wangi.. tak perlu nak pakai bedak dah,

baby herbal cream dan baby balm pula, nina apply pada bintik2 merah yang timbul. bintik merah tu pun cepat mengecut and hilang . tapi dah tentunya mikail allergy dengan panas dan peluh.. bintik merah sentiasa ada. just nak avoid  berparut je .


all in all ,  produk Najlaa ni wangi, selamat sebab kalau baby jilat2 ke tak ada apa masalah. selamat dari keracunan insyaALLAH.



Friday, May 20, 2016

Supplements a.k.a Makanan tambahan - Perlu ke?




Okay Since hari ni banyak reporting nak kena buat  dan banyak gambar tengah in progress "menguploadkan" diri ke PC. Nak celoteh sikit mengenai Supplements @ Makanan tambahan. Senang cerita Vitamin lah  :) .


As far as i know, I NEVER STICK @ CONSISTENT in taking Vitamins or any health supplements..until 3 years ago..

Kenapa kita kena makan Vitamin2 atau apa2 makanan kesihatan tambahan yang lain.ada banyak jenis makanan tambahan yang ada dipasaran. banyak brand banyak jenis. Ada orang suka ambil makanan tambahan seperti vitamin ABCDE and so on.. ada yang lebih suka mengamalkan pemakanan sunnah seperti madu, kurma, habatussauda dan lain2..  ada yang memang suka makanan organik, which is if you buy all those organic food in the market , they are a bit expensive.

OK back to the question.. KENAPA Kita perlu ambil supplement?tak cukup ke dengan apa yang kita makan selama ni... kita makan ayam..makan sayur ( haa,, ada yang tak makan sayur kan? )  kita minum susu lembu susu tepung susu kambing dan banyakkk lagi.

ada BANYAK sebab kenapa kita kena ambil makanan tambahan ni..  dalam banyak2 Saya highlightkan 3.

1. Makanan seharian tak seimbang
Dalam kehidupan seharian kita susah nak pastikan kita dapat keperluan makanan yang seimbang yang dapat memenuhi keperluan badan kita. kadang2 kita sibuk , makan maggi sahaja atau roti sahaja atau tak makan sayur langsung. jadi pengambilan vitamin ni , membantu untuk mencukupkan zat2 yang kurang. Salah  satu cara mudah untuk mendapatkan badan yang sihat dari segi pemakanan.

2. Untuk Menguatkan daya tahan badan
Baru-baru ni ada kes Jerebu, cuaca yang sangat panas, virus2 dan demam yang bermacam2 jenis.
bila badan kita kekurangan Zat , sistem imunisasi badan kita pun memang akan terganggu. sebab tu senang nak kena jangkitan dari orang lain. Vitamin2 bersifat anti oksidan dan boleh menguatkan sistem imunisasi badan kita mampu membantu kita untuk terhindar dari penyakit2 tersebut. jika terkena pun insyaALLAH , proses penyembuhan adalah singkat. Penting untuk ibu2 menyusu, jika kita ambil vitamin untuk menguatkan imunisasi bayi juga melalui penyusuan.

pernah saya kena selesema dan demam teruk, saya tetap teruskan menyusu baby dan upkan dos vitamin dari biasa. alhamdulillah, baby tak terjangkit dengan izin-Nya.

3. Untuk Menguatkan dan menyihatkan organ dalam badan dan langkah awal dari menghidap penyakit

dek kerana pemakanan yang kurang seimbang , kita sangat mudah dan terbuka untuk mendapat penyakit2 berbahaya seperti  kolestrol tinggi , darah tinggi , diabetis , arthritis stroke.. kulit cepat kusam, jeragat badan lesu , dan banyak lagi. langkah awal menjaga dalaman badan kita akan mencantikkan luaran badan kita , kuat kan badan kita dan akhirnya kita akan gembira. insyaALLAH.



Okay Sekian bebelan hari ni..  next entry Saya akan share supplements yang saya dah amalkan selama 3 tahun..


see ya!

semoga kita sentiasa dibawah lindunganNYA,
















Wednesday, May 11, 2016

Najlaa NewBorn Set for Mikail


 Tadaaaaaaa...



yeay fullset Najlaa product dah sampai.. Alhamdulillah..  Saja nak try product ni sebab dia produk keluaran muslim, organik dan selamat untuk Bayi2 kita semua. Sampai je bungkusan terus bukak dan try. Serum best! wangi je ... sabun minyak bayi.. semua best,.

Disebabkan Mikail lahir tak cukup bulan , Nina jadi sangat paranoid dengan bahan2 kimia ni.. sekali dengan nina punya pencuci muka pun tukar brand yang organik, 
Baru2 ni pulak mikail kena  alahan kulit . mungkin dia alah kepada air yang tak berapa bersih atau ada campuran klorin. so , i have to look for organic brand as he is having quite sensitive type of skin. bila berpeluh pun naik merah2 . just like his Ayah.. diorang memang bff . hihihihi

jangan risau produk ni tak lah mahal. affordable i can say .sebab, k. Cery kata orang dewasa pun boleh guna. tak sabar nak try baby oil letak kat kepala n rambut mikail. mudahan cepat panjang dan makin lebat rambutnya. nanti nina share okay.. 

Thanks K. Cery for introducing Najlaa . 

sesiapa nak try or nak beli. boleh  whatssapp nina okay

0127787012 







This is Much Better than EVER!


Hai! Assalamualaikum w.b.t ,

how should i start ...?
Bak kata Mei Mei kawan Upin Ipin .. " Saya SUKA! Saya Suka! "
Blog saya dah berubah wajah.,  semua hasil kerja tangan Mak Najlaa yang sangat kreatif dan sangat detail.
You know my blog was never been attractive.even to its owner .. hahah.. I don't have the art  and the skill to decorate my blog. So Mak Najlaa came to the rescue.. thank you so much Zaidah Zaidee for the perfect blog for me. You know me very well. thanks thanks.

Theninadahalan is something i never think of before. so after this i might do something with that name.  :)
insyaALLAH ... any idea?  do suggest some . i might pick one of it.

memandangkan ini entry pertama untuk tahun ini.. bagi panas suam2 kuku  blog ni.. coming soon with more sharing entry. tolong abaikan gaya penulisan saya yang caca marba ni. haha.

what should or what i can do with " Theninadahalan" ?
drop your thoughts at the comments section below. thanks!