Bila dengar perkataan berpantang, macam2 style ada. yang bersalin C-sect lain.. yang bersalin normal lain. ada orang kata berpantang ni ibu2 boleh rest. ada orang jaga. wah wah wah... tak kisah lah. yang pastinya pengalaman berpantang adalah berbeza bagi setiap individu..
Selepas bersalinkan Mikail, Nina tak terus jaga mikail tau sebab mikail duduk kat ward dalam 20 hari macam tu. lepas keluar dari hospital bermulalah regime berpantang nina kat rumah. sebelum ni plan nak berpantang kat negeri 9 . tapi keadaan tak mengizinkan.. berpantanglah kito kek johor bahru ni..Alhamdulillah dikurniakan Mak dan Mak Mertua yang sangat baik. yang sangat supportive. since nina bersalin secara C-Sect .. nina share macam mana nina jaga dan berpantang
1. Kebersihan diri/Mandi
Ada orang takut nak mandi sebab takut luka lambat sembuh. so lap2 badan je. okay nina tak boleh tahan tak mandi.. so mak ikatkan plastik hitam sampah tu atas perut untuk meminimakan air untuk sampai ke kawasan luka.. so lepas mandi cepat2 keringkan kawasan tu. seelok2 nya pakai hair dryer.. tuala pun okay. insyaALLAH tak ada apa lah.selagi kita jaga tempat bedah tu jangan basah terlalu lama. kalau selalu duduk, make sure baring so tempat tu tak berlipat sentiasa.anginkan jugak.
2. Urut / Bertungku / berbengkung
Yes nina berurut. tapi makcik tu tak usik perut. cara berurut pun, Nina berurut dalam posisi mengiring. maksik tu urutkan bagi keluar susu jugak. alhamdulillah selepas berurut. susu banyak.
then , ber tungku.. nina tak guna yang tungku batu tapi yang jenis bunjut yang jual kat kedai2 jamu tu. kukus dulu then tuam kat atas perut. avoid tempat luka okay. untuk pemilihan tungku sangat penting sebab kadang2 orang c-sect ni still rasa kebas2 kat area perut dan tak rasa panas. kalau pakai batu takut panas sampai melecur pulak. real case happened to my cousin. kesian dia. teruk luka melecur tu. Nina dah suggest dia ambil ESP dan vit C. dah okay dah katanya.
berbengkung, nina beli slimming belt kat watson untuk pegang perut supaya tak goyang sgt bila berjalan. so , mainly berbengkung untuk pegang perut bukan untuk kurus ye. ape nak buat, kena tunggu sampai luka elok...
3. Menu / Makanan/ air / Supplement.
Nina makan ikan goreng dengan bawang dan tomato. cukup menyelerakan dah. since baby pra matang , nina tak makan banyak halia, tak makan jamu, tak makan lada hitam banyak. hurmm..
Air memang nina minum baaaaaanyaaaaakkkkk2,, tak de maknanya nak mencatu2. sebenarnya , dengan minum air banyak ni lah nina rasa luka cepat elok. disebabkan baby ada kuning, nina tak boleh makan jamu.
so supplement yang nina amalkan SHaklee supplements ( Vitalea , Vit C, Bcomplex, Omega Guard, Esp ) .. gel gamat.. minyak kelapa dara. alovera gel forever living. SUpplement2 ni sangat membantu dalam proses penyembuhan luka, refill energy.. disebabkan nina tak ambil apa2 pati ikan haruan dan tak minum gamat banyak.. nina banyakkan minum aloevera gel. habis dalam 4 botol jugak . sekarang alhamdulillah tak ada rasa ngilu ke sakit ke kat luka pembedahan tu. okay je. hehe..
Seminggu duduk rumah untuk rest kan badan dan elokkan luka ( at least bagi luka tu kuat dulu ) . minggu seterusnya nina berulang alik rumah hospital 10pg - 10 malam. untuk bagi direct feeding kat Mikail. sakit memang sakit. tapi semangat seorang ibu tu mengatasi rasa sakit tu.. memang nina renyah dan banyak jalan selama berpantang. sampai ingatkan luka terbuka..rupanya ada part2 liang roma tu dia macam teregang.. tapi alhamdulillah tak ada apa2. demi anak.. sanggup je. overall pantang nina mesti minum air 2-3 litre sehari. sebab nak menyusu dan luka pun cepat sembuh.
Secara keseluruhannya, berpantang secara tradisional tu bagus. tapi dalam keadaan tertentu, pendapat ibu2 baru ni juga perlu diambil kira. terpulang si ibu nak berpantang secara mengambil ubatan tradisional macam jamu atau moden seperti supplement2 yang banyak di pasaran. pada nina, Shaklee dan forever living sangat bagus :) .
berminat nak cuba product forever living dan shaklee insyaALLAH nina boleh bantu consult nak ambil supplement yang mana.
yang penting sekali, support keluarga dan suami.