Friday, July 22, 2016

Set2 yang Nina makan/Guna semasa berpantang



Assalamualaikum ,

 Nina nak share set2 berpantang yang nina guna semasa berpantang. masing2 ada  pilihan sendiri ta[pi since nina baru bersalin sekali.. so nina share apa yang nina dah gunakan semasa berpantang 9 bulan lepas ya.

untuk luaran ,  nina guna product Nona Roguy. tapi tak semua! nina guna minyak herba nika dan barut.  bau dia wangi.. best sangat . herba nika ni pulak boleh jadi pilis jugak. so 2 in 1. botol besar dan jimat.  Nina tak sempat nak berpilis/param yang bertepek kat dahi sebab berulang alik hospital, jadi kit apakai minyak herbanika ni.. dan satu lagi pilis jenis cecair Anugerah.alhamdulillah tak ada meroyan sebab seriously nina banyak menangis kat rumah. sampai mak pun marah nina banyak menangis. yelah .. baby kat hospital kita kat rumah.. mana tak sayu kan.





Untuk Dalaman, nina ambil set berpantang shaklee. yang nina utamakan Vitalea, vitamin C , b complex dan ESP.  keluar je dari bilik bedah , bila dah boleh bangun nina start makan terus. semangat nak cepat sembuh supaya dapat tengok baby dekat ward. alfalfa penggalak susu tapi memandangkan dia herba , nina tak ambil dulu. bila baby dah abes kuning baru nina makan. so far , memang banyak membantu bagi tenaga untuk bergerak  dan membantu proses penyembuhan juga.




selain tu , mak nina sangat2 bersungguh2 ( ha nampak tak betapa bersungguh ) suruh nina minum aloevera gel sebab nina refuse minum pati ikan haruan  + gamat ( sebab takut luka bercantum2 .. oh paranoidnya! ) .. terus suami pergi beli 3 botol sekaligus dan jadi ahli. mula2 tak suka, tapi lama2 boleh main togak aje.. sedap pulak. time tu suami beli yang botol kuning je,  nasib baik tak beli yang nectar berry atau peach. mau cepat habis. hehehehe.. sedap dan memang nina rasa sangat membantu menyembuhkan luka dalaman... sebab rata2 orang yang pernah c-sect kata ada rasa ngilu kat tempat yang dibedah tu. Nina tak ada rasa ngilu , tak ada rasa sakit. rasa macam ..luka kat dalam dah sembuh.. alhamdulillah. berterima kasih kat mak perkenalkan  forever living ni..  dan akan continue makan sampai sekarang.  membantu melawaskan juga tau..






apa yang nina share ni berdasarkan pengalaman sendiri. sesiapa nak sama-sama rasa kebaikan supplement shaklee dan aloevera gel.. boleh PM nina atau whatsapp nina.. best tau share kebaikan product2 ni.. Nina kalau dah guna.. berkesan ..nina tak tukar dah  .. janji produk2 tu yakin semulajadi, selamat dan berkesan. 


Toodles!








No comments:

Post a Comment