OKay untuk pengalaman bersalin ni.. i have been admitted hospital 2 times. 1 sebab kena slip disc ( 2 days ) dan 2. Preeclampsia + baby iugr + fetal distress+ bersalin C-sect! total up 10 days warded.
Ya anak pertama Nina lahir pada minggu 34 kehamilan ( pra matang ) . sebab doktor detect baby dah tertekan , degupan jantung dia lemah .. pendek kata baby lemas dalam perut. OMG OMG. hanya tuhan je tahu bila doktor cakao , " okay puan , jangan takut jangan susah hati .. kita akan bedah puan sekarang "
Whatttttt?!! time tu jugak Nina meraung . dah x peduli apa, masih ingat 2 MO lelaki masuk untuk pasang branula kat tangan, sorang handle satu tangan. be informed yang branula untuk ibu mengandung panjang dan besar dari branula biasa. but job well done for the MOs berjaya cari urat kat tangan ni yang susah sebenarnya nak dapat . lepas tu ada staff nurse masuk untuk pasang tiub kencing tu.. okay part yang nak masukkan tiub ke saluran kencing tu sakit okay! sakit.. ngilu.. tapi berjaya jugak bila nina redha je nurse tu nak masukkan.
tapi dalam masa tu sempat jugak telefon suami beritahu dia kita nak masuk OT dah. bayangkan encik suami baru jejak kaki kat rumah ( jarak hosp n rumah dalam 20 minit macam tu ) dari melawat isteri dia dan dan tu jugak dapat news isteri kena operate. in the end of the day, Nina masuk OT . doktor terangkan procedure . sempat lagi tanya pasal nak full ke nak half bius. the conversation went like this :
N : Doktor , saya tak boleh bius penuh ke ( takut gila time ni )
D : Boleh , tapi akan banyak prosedur , saya kena masukkan tiub sampai perut untuk elak muntah .. lambat sedar la bla bla bla..
N : okay.. separuh je.. ( redha habis time ni )
D : ok ay kita akan masukkan ubat bius dalam tulang belakang puan ..bla bla bla .. ( with all the medical terms )
SN : Doktor tekanan darah puan ni tinggi ni ( 200/150 )
D2 : puan nervous ye, jangan takut ( dah tak tahu nak fikir apa time ni )
N: okay saya ready ( terus duduk dalam posisi yang doktor suruh dan kena inject local anaes kat kulit dan doc pun cucuk bius.. then baring )
dalam tengah tunggu bius tu berkesan , doktor tanya macam2 . sentuh ada rasa tak.. dan dia explain apa yang bakal berlaku.doktor akan potong perut bla bla bla.. ( tak ingat dah.. tahu time tu rasa sejuk then diorag bagi warmer blanket .. ) . antara kepala dan badan diorang letak macam kain penghadang so nina tak tahu what actually happen throughout the operation. kalau nampak nanti pengsan pulak kang,
sepanjang pembedahan berjalan, kesian Dr. bius tu .. Dr. Teoh nama dia kena melayan soalan2 Nina.
Dia suruh tidur je .. memang TAK laa nak tidur. so nina keep on tanya .. doktor dah ke.. tengah buat apa tu.. dah potong ke? because i couldn't feel anything at that time... then finally doktor cakap,
" okay kita akan push baby puan keluar dan puan akan rasa sedikit pergerakan yang kuat."
okay adalah dalam 3 kali Nina rasa macam diorang push, terdengar suara mikail berkumandang dalam OT. sekejap je.. nurse datang tunjuk bebird dia dan minta nina confirmkan.. then they took him away. then siap2 kena jahit .time tengah jahit tu pulak . doktor Teow ( ketua operation ) boleh cakap
D : Puan Nina, banyak tanya la you. kacau saya buat kerja tau ( dalam nada gelak2)
N : humph.. siapa suruh doktor buat saya terkejut . saya nervous sebab tu la saya banyak tanya soalan. ( agaknya patient dia yang lain2 tak pernah kot tanya apa2 masa dalam OT )
D : haha takpa2.. semua sudah selamat, congratulations. sekarang saya jahit u punya luka okay .
Dah settle nina kena bawak keluar dari OT . kena stay kat luar tu sampai kita dapat gerakkan kaki balik tau.
So , as a conclusion.. bersalin secara pembedahan ni tak lah menakutkan.. nervous tu ada. cuma kita tak rasa sakit kontraksi dan bersalin secara normal. Nina tak dapat tengok baby sampai hari kedua kot.. sakit kat kawasan bedah tu memang sakit.. tapi kuatkan semangat jugak untuk jalan pergi toilet. pastu gerak2.. sebab nurse kata takut darah beku kat kaki.. okay so kita ikut je lah,,,
sepanjang nina kat hospital , start pantang nina makan supplement Shaklee Vitalea , Bcomplex, dan Vitamin C. semua nina makan overdose . vitalea 4 biji , bcomplex 4 biji, vit C 8 biji. selain tu gel gamat, jus delima,..dan nina sangat bersyukur mengamalkan supplement2 ni sebab kesannya bukan dalam jangka masa pendek sahaja, untuk jangkamasa panjang tu yang paling penting ..
okay panjang sangat ni.. next entry Nina sambung okay !
to be continued .............
No comments:
Post a Comment