Friday, June 17, 2016

Pengalaman Bersalin . Part 2 (HSA)

Part 2 ...



selepas habis proses bedah semua, kaki dah boleh gerak .nina ditolak ke wad bersalin dalam kawasan ibu2 yang telah dibedah. masa tu 1st muka yang nina nampak .. muka husband lah.. dia datang senyum2.. dah tengok baby.. 1st word "terima kasih sayang" dan 2nd "kenapa diorang hantar lambat sangat " .. hehe.. lepas tu mak ayah dan alang sampai dari kampung.. mak mentua akak ipar sampai..  haa.. time tu dalam pukul 1- 2 pagi..  bersalin 10.50pm.. sampai ward dalam masa camtu. lama kan.time ni baby tak ada dengan nina masatu.. baby dekat ward. since dia iugr, kecil dari umur dia. suami sempat jumpa dan azankan..tahnik... even though thing happend quite fast.. bersyukur sangat bila doc dapat detect baby distress. diorang panggil Fetal Distress,  kalau diorang tak ambil tindakan cepat. i might lose my baby. siapa kata doktor kerajaan tak bagus. mereka semua ohsemmm...

Orang bersalin bedah ni, dalam masa 24 jam selepas bersalin. dia kena bergerak, jalan2 so that darah kat kaki tak beku.. dan kta kena inject ubat cair kan darah macam org inject insulin.  memang menjadi peng-inject yang berjaya dalam 10 hari tu. haha..    first time bergerak the next morning... perghh.. sakit..sakit gila.. kena buat perlahan2.. kena cari sudut gerak mana yang tak berapa sakit. bukan senang nak turun katil tu. sebelum ni boleh je buat terjun  dari katil selamba tapi lepas bedak cannot do that anymore. turun katil je amik masa selama 5 minit.  antara kejadian2 yang kira agak mencabar is .. bila nak kencing tak dapat sampai ke toilet bowl. ( sampai kat pintu je..cecepat tutup pintu toilet dan ... selesai.. ) x sempat duduk tak sempat ape.. pasrah redha je lah, tukar baju baru je.
tapi mmg hati kena kuat. kena dengar cakap nurse. kadang ada je nurse yang garang2 ni.. tapi bila perhati diorang garang kat patient yang x ikut nasihat diorng. Nina jenis takut kena marah, so ikut je cakap diorang.. but in the end.. i did manage well the pain ,

So lepas bersalin , Nina makan makanan hospital.. i drank coffee ( sepatutnya tak boleh , orang kata takut effect susu )  but i drank it anyway..  1st day tu je dah pergi mandi.. sebab luka tu ada cover dengan macam plastic protector doktor sembur. kebanyakan masa nina habiskan kat katil. tengok orang sekeliling dengan baby masing2. kat sini, memang kekuatan hati tu diduga.. sayu sangat rasa hati, tengok orang lain pegang baby.kita duduk tengok hp sorang2.. tapi time tu nina dah start perah susu... gigih nak keluarkan colostrum nak hantar kat baby. ok untuk proses penyusuan nina akan cerita entry lain.

dalam hospital nina jumpa macam2 jenis orang. ada yang meroyan... ada ynag menangis2..  ada juga yang berdrama. tapi paling tak boleh lupa drama queen sebelah kiri nina masa tu.. ya ALLAH tuhan saja yang tahu...daripada ikhlas  sampai jadi stress nina dibuatnya.. sampai satu tahap tu nina breakdown , nina turun katil.. hantar susu perahan ke bilik menyusu.. jalan sampai tengah2 ward tu, duduk kat kerusi... menangis. nasib baik tak bentan... duhai jiran katil kiri.. kenapalah Allah uji saat tgh sakit macam tu.rasa nak menjerit pun ada.. tapi kita nangis jela sorang2. mulut tak putus beristigfar sampai hati tenang.  dah okay..balik katil mmg tak pandang jiran sebelah kiri tu. bukan Nina taknak layan. tapi nanti nina yang meroyan nanti sapenak tanggung. haihzzz...

Nina dah set dalam kepala, baby hanya boleh minum susu badan sahaja sejak lahir. tapi orang sebelah keep on cakap nak bagi anak dia minum air kosong.. bagi anak dia minum milo... nak seludup masuk susu formula ( hsa sangat mementingkan penyusuan badan tau ).. botol nina nak tadah susu pun hampir nak kena rampas. uiii... sebbaik akak nurse tu paham.. tak tahu apa masalah jiran kiri tu. last sekali kena pindah katil.. alhamdulillah.. kalau tak memang stressssss sangat. bila baby tak ada dengan kita.. rasa sedih tu lain macam..


first time tengok baby kat ward. dengan wayar berselirat..first time nina tengok baby time tu dia bawah lampu biru sebab kuning. mata dia tertutup..tangan kecik dia bergerak2.. nina pegang tangan baby masa tu dia terus grip jari nina. ya ALLAH luluh hati masa tu.. memang terus menangis kat situ.. bila nina nangis.. tetiba baby pun cembeng nak nangis jugak. see.. ikatan antara ibu dan anak. sebab tu , ibu yang ada anak pra matang. kena kuat.. insyaALLAH anak kita akan kuat jugak.,lepas balik dari tengok anak..  nina senang menangis kat ward. rindu nak tengok baby. nina cakap dengan kawan2 jangan datang tengok nina lagi.. kat hospital n kat rumah. sebab masa tu mmg rapuh.  Iqarad datang nangis..  K. Nurul nurse datang nina menangis kat dia..  tapi alhamdulillah ALLAH kuatkan jugak hati nina.  sebab tu time2 awal2 ibu bersalin ni, kita takperlu melawat cepat sgt. sometimes they need rest. sometimes they need their own space. dengan selebetnye lagi. haha. kalau nak melawat orang bersalin ni..seelok-eloknya tanya dahulu... okay,,,

lepas 3 hari, luka bedah okay.. Nina pun dibenarkan balik... baby tinggal di NICU....


Next Entry : Berpantang Cara Nina











No comments:

Post a Comment